Woothemes

Tuesday, March 30, 2010

Kemahuannya Tinggi Meski Tiada Upaya

Saya mahu mengajak anda sebentar , kita saling refleksi dengan membaca kisah seorang pemuda ini .

Ini adalah kisah Ibrahim Nasser , seorang pemuda yang tinggal di Bahrain . Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan kepala dan jari-jemarinya . Bahkan , pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan .

Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheikh Nabeel al-Wadi’ , seorang ulama’ Kuwait . Maka , ayah Ibrahim telah memohon pada Sheikh Nabeel al-Wadi’ agar dapat menunaikan hajat Ibrahim yang ingin bertemu dengannya .


Ibrahim sangat2 terkejut dan gembira ! apabila dia mendapati Sheikh Nabeel al-Wadi’ membuka pintu biliknya .

Perasaannya yang gembira , jelas terlihat pada wajahnya , hinggakan Ibrahim kehilangan kata2 pada mulanya .. :)

Sheikh Nabeel mengucup dahi Ibrahim
Kita dapat perhatikan yang pertemuan ini sangat hangat dengan mahabbah dan rahmah . Ibrahim dan Sheikh Nabeel saling bertukar-tukar cerita , antaranya berkisar dakwah di internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya .


Sheikh Nabeel bersama bapa Ibrahim serta bapa saudaranya

Ketika mereka sedang berbual , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan pada Ibrahim….hingga membuatkan jiwanya sebak , tidak mampu menahan lalu menghamburkan air mata .


…tidak mampu membendung kesedihan ketika mengenangkan penderitaannya

Hairan . Soalan apakah yang telah ditanya oleh Sheikh Nabeel hinggakan mengusik jiwa Ibarahim ?


Sheikh Nabeel mengusapkan air mata Ibrahim dan menenangkannya

Sheikh Ibrahim telah bertanya padanya : Sekiranya Allah mengurniakan padanya nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan , apakah yang akan dilakukannya ?

Sahabat sekalian, soalan inilah , yang telah mengusik jiwa Ibrahim hingga dia menangis semahu-mahunya… bahkan , jiwanya yang sebak turut dirasai oleh semua orang yang berada di biliknya ketika itu , termasuklah jurugambar . Mereka turut menangis bersama Ibrahim .

Ibrahim menjawab : Demi Allah , kiranya aku boleh berjalan , aku akan menunaikan solat di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah .

:::::::::::::::::::::::

Saya agak tersentap , hairan dan terkejut mendengarkan jawapan Ibrahim . Hairan + terkejut , kerana apa yang dijawab oleh Ibrahim , jauh dari apa yang saya duga .

Maha Suci Allah .

Saya tersentap bila dapati Ibrahim – pemuda yang kurang upayanya – punya himmah (keinginan) yang amat tinggi , jiwanya sangat besar dan semangatnya membara .. hinggakan dia menangis bila diajukan soalan sedemikian oleh Sheikh Nabeel .

Aduhai … terasa seakan Ibrahim itu sempurna , sedangkan kitalah yang malang , si kurang upaya kerana himmah di jiwa tidak setinggi seperti dia . Punya jasad yang sihat , mampu jalan , lari dan lompat .. tapi apakah benar segala keupayaan ini telah dimanfaatkan dalam raih redha Allah ?

nukilan ikhwah….

Monday, March 29, 2010

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2010 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR 2010 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis >> 21 – 23 September 2010

PMR 2010 – Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis >> 5 – 12 Oktober 2010

SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia

Amali >> belum diumumkan

Ulangan >> 22 – 23 Jun 2010

Ujian Bertulis >> 22 November – 16 Disember 2010

STAM 2010 – Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ujian Lisan >> 12 – 23 Julai 2010

Ujian Bertulis >> 18 – 27 Oktober 2010

STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Ujian Lisan >> September 2010

Ujian Bertulis >> November – Disember 2010

Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340

Sunday, March 28, 2010

Apabila seorang guru merendahkan muridnya

Apabila seorang guru merendahkan muridnya



North Carolina, 13 Mac.

Patty Clement, Ibu kepada seorang pelajar kelas enam di Buncombe County, North Carolina melahirkan rasa tidak puas hati kepada salah seorang guru yang telah menulis 'Loser' di dalam kertas kerja anak perempuannya dan mengatakan bahawa ia adalah satu tindakan yang melampau. Beliau sudah membawa masalah tersebut ke peringkat Guru Besar, namun tindakan menulis "Loser" di dalam nota hanya berhenti sementara. Selepas beberapa hari, anak gadisnya kembali ke rumah dengan mencampakkan pensel box, beliau bertanya "kelas bagaimana?", lalu anak gadisnya menceritakan bahawa kejadian yag sama berulang tapi dilakukan oleh guru lain. Clement mengesahkan, anaknya telah di buli.

Sekolah berpendapat, ianya tidak perlu di besar-besarkan kerana ianya masalah peribadi.

Perhatian !!

Perhatian buat guru-guru dan bakal pendidik ummat, bukan ini yang masyarakat pinta. Namun, seorang MU'ALLIM yang berjiwa MUROBBI. Kisah di atas bukan untuk memburukkan guru. Saya akui, ada guru yang dibuli. Itu kita boleh persoalkan bagaimana tarbiyyah keluarga di rumah. Namun, kes di atas... sama-samalah kita fikirkan.

Mu'allim yang berjiwa Murobbi harus bertindak sebagai pemimpin, guru, orang tua, dan sahabat bagi muridnya . Mereka juga harus tahu untuk memimpin, mengajar, membimbing, dan bergaul.

Sebenarnya, keutamaan seorang murabbi sebagai pendakwah bagi ummat, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, dsb. Saya ingin kongsikan beberapa keutamaan seorang Murobbi dalam sebuah halaqah islamiyyah.

1. Menjalankan Sunnah Rasul.

Rasulullah s.a.w telah mentarbiyyah sahabat-sahabatnya dalam sebuah halaqah. Beliau membina halaqah selama hidupnya, baik ketika di Mekah (contohnya di Darul Arqam) mahupun di Madinah (contohnya majlis ilmu di Masjid Nabawi). Jadi, menjadi murobbi bererti melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w.

2. Mendapatkan Pahala Yang Berlipat Ganda.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi) "

Barangsiapa yang mengajarkan Islam kepada orang lain maka ia akan mendapatkan pahala. Semakin efektif cara pengajarannya, semakin berlipat ganda pahala yang akan didapatkan. Halaqah adalah salah satu cara yang paling efektif untuk mengajar tentang Islam. Kerana itu, menjadi murobbi akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda.

3. Mencetak Peribadi-Peribadi Unggul

Nabi Muhammad s.a.w adalah murobbi yang telah berhasil mencetak generasi terbaik sepanjang masa. Oleh sebab itu, menjadi murobbi bererti turut membina peribadi-peribadi unggul harapan umat dan bangsa. Sangat aneh jika seorang muslim tidak mahu menjadi murobbi padahal ia sebenarnya sedang melakukan tugas yang besar dan penting bagi masa depan umat dan bangsa.

4. Belajar Pelbagai Keterampilan.

Dengan membina, seorang murobbi akan belajar tentang berbagai hal. Misalnya, ia akan belajar tentang bagaimana cara meningkatkan kepercayaan diri, komunikasi, bergaul, mengemukakan pendapat, mempengaruhi orang lain, merencanakan sesuatu, menilai orang lain, mengatur waktu, mencipta sesuatu, mendengar pendapat orang lain, mempercayai orang lain, dan lain sebagainya. Pembelajaran tersebut belum tentu didapatkan di sekolah formal. Padahal manfaatnya begitu besar, bukan hanya akan meningkatkan kualiti pembinaan selanjutnya, tapi juga bermanfaat untuk kesuksesan hidup seseorang.

5. Meningkatkan Iman dan Taqwa.

Dengan menjadi murobbi, seseorang akan dapat meningkatkan iman dan taqwanya kepada Allah Lillahi Ta'ala. Secara psikologinya, orang yang mengajarkan orang lain akan merasa seperti menasihati dirinya sendiri. Ia akan berupaya meningkatkan iman dan taqwanya kepada Allah seperti yang ia ajarkan kepada orang lain. Alhamdulillah akhirnya insyaAllah, hidupnya akan menjadi tenang kerana dekat dengan Allah dan terhindar dari kemaksiatan.

7. Melatih diri dalam kumpulan / jamaie

Seorang murabbi yang membina mad’u dalam sebuah kebersamaan halaqah, mampu menjadi pengatur dan manajer dalam sebuah amal jama’i yakni amal yang dibangun dalam sebuah tanzim/manajemen dakwah. Dan pada giliran yang lain, ia pun mampu menjadi salah satu pasukan dalam barisan pelaksana. Hal ini sangat penting dalam dalam pencapaian tujuan sebuah amal jama’i.

8. Merasakan Manisnya Ukhuwah.

Untuk mencapai sasaran-sasaran halaqah, murobbi dituntut mampu bekerjasama dengan peserta halaqah. Kerjasama tersebut akan berbuah pada manisnya ukhuwah Islamiyah di antara murobbi dan mad’u. Betapa banyak orang Islam yang tidak dapat merasakan manisnya ukhuwah. Namun dengan menjadi murobbi, seorang muslim akan berpeluang untuk merasakan manisnya ukhuwah.

Akhirnya , dengan memahami peranan dan kepentingan seorang mua'llim yang berjiwa murobbi bagi agama dan umat, tak ada alasan lagi bagi kita untuk mengelak menjadi murobbi. Kita harus berupaya sekuat tenaga untuk menjadikan diri kita sebagai murobbi yang sukses membina mad’u. Inilah pekerjaan besar yang masih banyak “kelompangannya”. Inilah tugas besar yang menanti kita untuk bertindak.

Mari menjadi murobbi !!





Sumber berita : A/P
Bahan Bacaan : Menjadi Murabbi Sukses, Satria Hadi Lubis

Wednesday, March 24, 2010

Cerpen Remaja : Bonda



“ Hari yang dilalui kini, tak seindah semalam, bintang yang bersinar sudah tiada lagi…mentari yang memancar kini semakin suram bayangan wajahmu kini tiada lagi…”
Demikianlah lirik lagu Bonda nyanyian kumplan Wildan mengalun menyapa lembut kedinginan malam itu melalui corong Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (ikim.fm). Aku tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa sunyi bertandang di kala kegelapan malam yang semakin menghimpit. Aku menghayati senikata lagu itu hingga tak sedar ada air jernih, laju, menghujani pipiku ini. Terasa sayu dan sedih menggamit di hati.
“ Kini bonda tiada lagi,
Apa yang ada hanyalah secebis kenangan,
Di tabir seribu penyesalan,
Kerana belum sempatku menabur budi,
Kau pergi mengadap Ilalhi.”

Alunan lirik lagu itu menyapa lagi telingaku: Apalah gunanya ditangisi, penyesalan sudah tiada gunanya,. Biarpun air mata yang ku tumpahkan, tak bisa mengundur masa. Pusara bonda masih lagi merah menjadikan aku terasa amat kehilangannya. Masih terngiang lagi kata-kata semangat, dorongan dan nasihat di telingaku ini. Bondalah penawar hati kala diri berputih mata, bondalah permata dikala diri ini bergembira. Hati kadang-kadang hiba kerana terpaksa melihat bonda yang membanting tulang demi sesuap nasi untuk keluarga. Ayah tidak meninggalkan sebarang harta apatah lagi tanah berekar-ekar, bukanlah aku meminta, namun bagaimana harus kami teruskan hidup ini tanpa apa-apa. Namun aku tahu bonda tabah dan cekal orangnya. Berbekalkan semangat dan tulang empat keratnya, digagahi juga kehidupan yang penuh ranjau berduri ini demi melihat anak-anaknya berjaya.

Suatu hari aku terpaksa memberanikan diri bercakap dengan bonda mengenai yuran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah lama aku pendamkan sejak beberapa bulan yang lalu. Kalau tidak kerana bebelan Cikgu Latifah tempoh hari, nescaya tidak akan aku buka mulut mengenainya kerana aku tahu bonda pasti gusar dengan permintaanku.
“Kenapa Along tak bagi tahu bonda siang-siang. Bertuah betul anak aku ni. Tak apalah, beritahu cikgu seminggu lagi dapatlah bonda usahakan duitnya.”
Tenang saja jawapan yang meluncuri bibir bonda. Tidak langsung mempamerkan air muka amarahnya. Sejurus selepas itu bonda terus berlalu ke dapur. Aku sudah lali. Dia bonda yang melahirkan aku dan membesarkan aku. Segalanya dipendamkan dalam hati untuk tidak merunsingkan anak-anaknya. Namun aku tahu bonda tentu sedang berfikir cara untuk mendapatkan wang yang harus dibayar itu. Aku menjadi serba salah. Bonda akan tetap melarang aku bekerja apabila setiap kali aku suarakan keinginanku untuk membantunya.
“Along belajar baik-baik, biarlah bonda yang susah asalkan anak-anak bonda berjaya.”
Begitulah ucapannya acap kali menasihatiku dan kerana itulah aku berazam untuk mencapai cita-citaku agar dapat menyenangkan bonda suatu hari nanti.
Berkat doa bonda dan usaha aku selama ini, aku berjaya dalam SPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaupun diberikan biasiswa, namun aku terpaksa menolak kerana berasa berat hati untuk meninggalkan bonda dan adik-adik. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti awam di ibukota. Walaupun diberikan biasiswa juga, namun itu masih tidak mampu untuk menampung segala kos pelajaran dan hidup di universiti. Maklum sajalah semuanya berbayar. Kadang-kala aku terpaksa mengikat perut dan sering berjimat-cermat untuk memastikan aku tidak meminta wang daripada bonda. Adik-adikku yang lain juga turut memerlukan wang yang banyak. Aku masih ingat, kesempitan duit ini juga yang meyebabkan bonda terpaksa menggadaikan satu-satunya gelang pusaka peninggalan nenek padanya. Tak cukup dengan itu, bonda juga akan mengambil upah membasuh pakaian dan bangun seawal terbit fajar sidiq untuk membuat kuih-muih untuk dijual.
Sedang aku mengulangkaji pelajaran di perpustakaan seminggu yang lalu, Syarina, rakan rapat merangkap teman sebilikku berlari-lari anak mendapatkan aku yang sedang tekun mentelaah. Syarina yang tercungap-cungap itu menenangkan dirinya terlebih dahulu. Aku hairan melihat kelakuannya pada hari itu. Dia merapati aku dan dalam nada sayu suaranya itu aku dapat menangkap dengan jelas butir-butir perkataan yang dilafazkannya.
“ Hanim, aku harap kau dapat bersabar. Kuatkan semangat.”
Terasa berlainan sekali bunyi pengucapannya. Aku dapat merakan sesuatu yang tidak enak sedang berlaku.
“Bonda kau baru saja kembali ke rahmatullah.”
Terkejut bukan kepalang, bagai direntap rasanya jantungku ini apabila kalimah itu selesai diungkapkannya. Baru sebentar tadi adikku Nadhirah, menelefon telefon bimbitnya yang sering menjadi medium perhubungan kami selama ini. Aku tanpa berlengah berkemas untuk pulang ke kampung. Syarina yang sejak mula aku memasuki universiti telah menjadi teman rapatku tidak pernah lokek untuk membantu. Syarina mempelawa untuk menghantarku pulang ke kampungku terletak di selatan tanah air.
Sesampai di halaman rumah aku lihat orang kampung sudah memenuhi perkarangan rumah. Aku tidak dapat menahan lagi air mata yang sudah lama bergenang di kelopak mata ini sejak tadi. Tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aku, aku terus masuk ke dalam rumah dan mataku tertancap pada sekujur tubuh yang kedua tangannya sudah berdakap di ruang tamu rumah. Adik-adik mula mendapatkanku dan memelukku. Mereka menangis dalam dakapan aku. Adik bongsuku, Aiman yang bajunya sudah lencun dek air mata dengan tangisnya berkata, “Along, bonda dah tak ada, tinggallah kita sendiri.” Demi mendengar kata-katanya itu aku tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana hatiku sendiri sarat dengan kesayuan dan kesedihan yang teramat. Aku rapati jasad bonda. Aku kucupi dahi bonda. Kelihatan bonda tenang seperti dalam tidurnya. Aku redha dengan pemergian bonda. Mungkin tuhan lebih menyayanginya.
“Along marilah bergambar, semua orang tunggu along dekat luar.”
Panggilan Nadhirah mengejutkan aku dari lamunan. Aku meletakkan gambar bonda di atas meja dan berlalu ke ruang tamu. Selepas bergambar, kami akan melawat ke pusara bonda. Walaupun aidilfitri kali ini agak istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana saudara-mara datang bertandang ke rumah kami, namun tidak seindah ketika bonda ada bersama kami seperti suatu ketika dulu. Alunan takbir raya itu sungguh menyentuh kalbu, mengingatkan aku pada bonda tercintaku. Aku telah berjaya menjadi seorang doktor. Bonda pergi semasa semester terakhirku di universiti. Itulah yang membuatkan aku begitu terkilan. Tak sempat bonda melihat aku menggengam ijazah dan berjubah konvokesyen. Adik-adik pula telah berjaya menempatkan diri di universiti dalam negara walaupun sebenarnya mereka layak mendapat biasiswa ke luar negara. Mahu mengikut jejak langkahku, kata mereka. Masing-masing berjaya dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan. Aku menjadi tempat pergantungan mereka selepas ketiadaan bonda. Aku mengambil keputusan tekad untuk bekerja sambil belajar semasa hampir satu semester tempoh hari. Walaupun memang agak sukar bagiku untuk membahagikan masa pada ketika itu, tambah pula aku adalah pelajar perubatan. Namun aku kuatkan semangat demi adik-adik. Aku tidak dapat memberi kesenangan kepada bonda kerana Allah telah menjemputnya terlebih dahulu. Namun melihat kejayaan adik-adik, aku merasa gembira. Dapat aku merasa kesusahan yang dialami bonda serta pengorbanannya walaupun apa yang aku lalui mungkin tidaklah sepahitnya. Sekurang-kurangnya aku tahu pengorbanan bonda selama ini tidak aku persiakan.
Bait kata dalam puisi sasterawan negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang yang menjadi lirik lagu kumpulan UNIC-Ke Maqam Bonda itu memang benar seperti rasaku…
“ Kini ku rasakan kasihnya lagi, meskipun jauh dibatasi bumi.”
Oh bondaku!

SUMBER:

http://krimsak.blogspot.com/

Moga Bermanfaat buat semua pelajar SPM 09


Rebutlah peluang ini!! Lepasan SPM

Assalamu’alaikum wbth…

Ke hadapan alumni hira' SPM 09 yang dikasihi sekalian,
Berikut diberikan beberapa link yang mungkin bermanfaat bagi merancang masa depan pendidikan dan kerjaya antum semua. Semoga bermanfaat. Cepat-cepat!

PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010

UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 (SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI)

Japanese Government Scholarship for Undergraduate and Postgraduate Studies for MALAYSIANS open for application from 1-31 MARCH 2010.
http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/scholarship/scholarship.htm

MARA & JPA Scholarship Programs
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/piln/doc/syarat/syaratPILN_JPA_MARA_2010.pdf

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

The Star Education Fund
http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro.com.my/astrolife/scholarship/default.asp

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_local_undergraduate_scholarship.shtm#top

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=674&ac=800

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin. edu.my/

HELP University College
http://www.help.edu.my/admissions/financial_aid_and_scholarships/help_scholarship_award

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.adelaide.edu.au/scholarships/

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted.edu.my/fa.htm

Leeds University Scholarships
http://www.leeds.ac.uk/downloads/Leeds_Scholarships.pdf

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro.ac.uk/admin/ar/funding/ug/international/university/index.htm

MAAC Scholarship
http://www.emaac.org/index.php?option=com_content&view=category&id=55&Itemid=68

NUS / Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus.edu.sg/oam/scholarships-financialaid/financialaid.html

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef.ac.uk/malaysia/scholarships.html

UTAR Scholarships
http://www.utar.edu.my/subcontentPage1.jsp?contentid=1545&2ndcontentid=608&catid=2

Nanyang Technological University Scholarship
http://admissions.ntu.edu.sg/UndergraduateAdmissions/Pages/FreshmenSingaporeSPR.aspx#

Tasmanian International Scholarships
http://www.international.utas.edu.au/static/scholarships.php

Buat adik-adik SPM 09



Assalamua'laikum w.b.t.

Buat adik-adik SPM 09 sekalian,moga dirahmati oleh -Nya selalu walau dimana anda semua berada,moga kalian semua berada dalam redha Allah.

Dah lama juga saya tak posting di sini ,tak sempat nak menulis,tapi harap saya tak terlambat untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat adik-adik yang mengambil SPM tahun lepas ,terutamanya buat pelajar lepasan Hira' Shah Alam iaitu batch fatin and the batch ,peserta Kem Lepasan SPM 09 dan seluruh pelajar SPM09 yang berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM nie,pesanan muallim ingat perjalanan masih jauh bukan noktahnya di sini,begitu juga bagi yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang,ingat jangan kecewa banyak lagi perkara yang perlu dibuat jangan buat diri anda dibelenggu dengan kekecewaan malah sepatutnya anda mestilah teruskan mencari jalan bagaimana nak mengubah diri anda supaya boleh menjadi seperti kawan-kawan anda yang cemerlang.Sebenarnya banyak tempat-tempat @ kolej universiti yang menawarkan jurusan -jurusan yang anda minati berdasarkan keputusan anda , jangan kelam kabut untuk menyatakan diri anda gagal.Nasihat muallim bersabar dan terus bersabar dan mulakan plan tindakan yang baru ,rancang atau berbincang dengan orang yang pakar tentang keputusan yang anda perolehi ,gagal sekali bukanlah beerti gagal untuk selama-lamanya.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya .InsyaAllah anda semua akan ketahui kelak hikmahnya nanti.

Teringat zaman SPM saya ,tahun 2000 ,keputusan saya tak la cemerlang sangat tapi alhamdulillah lepaslah masuk universiti.Walaupun begitu apa yang saya nak kongsikan ialah kekadang ingat tak semua perkara yang kita dapat itu baik untuk diri kita,dan tak semestinya perkara yang kita tak suka itu tak baik untuk kita.Jadi segala apa yang Allah kurniakan kepada diri kita terimalah seadanya walaupun kekadang pahit untuk kita telan.

Moga terus cemerlang dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang anda semua ceburi,sama ada di dunia mahupun Akhirat.....

daripada ,

ahlan wa sahlan


Salam sejahtera




Buat pengetahuan umum

Blog ini masih dalam penambahbaikan
dan penyelenggaraan.

Komen anda sangatlah diharapkan







Harap bersabar menanti

~~~~